Tuesday, July 19, 2011

Perbezaan antara Mengungkit dan Mengingati.

Assalammualaikum.

Heyy hearties,

Oklah, straight to the point la eh. Kang lama² aku bermukadimah ni kang, tak ingat pulek isi² penting yang akan dikeudarakan. Haha. Okai!

Perbezaan antara Mengungkit dan Mengingati [From my own point of view laa kan]

Selalunye, situasi ungkit-mengungkit ni terjadi setelah sesuatu perkara itu telah tamat. The End. Fin. Atau orang Siam bilang, It's over, bebeh. Manakala situasi ingat-mengingati ni pula terjadi apabila sesuatu perkara yang tegang itu masih boleh diselamatkan.

Aku beri contoh yang senang uols paham la k - pasal loveydovey story. Uols kan sukke pasal cinta-minta ni kannn? Heh.

Kes mengungkit dari si Gelpren kepada Boipren nye.

Gelpren : Oo. You ade pompuan lain ye? Siap belikan rantai, gelang kulit jerung bagai ni sume!
Boipren : Ei. You ni kenapa? I dengan you dah lama putus lah.
Gelpren : Oo. Time dengan I dulu you belikan cincin kayu sugi je. I nak rantai macam² alasan you bagi! Nak beli ubat nyamuk lah, nak menabung untuk naik ke angkasa lah, blablabla.
Boipren : We are over lah. You tak paham bahase Siam kepe?

Kes mengingati dari si Gelpren kepada Boipren nye.

Boipren : You, jangan fikir bukan². Kita still boleh selamatkan hubungan ni lagi okay.
Gelpren : I tak pernah fikir bukan². I cuma takut kalau you akan jadi macam dulu; masuk club, hisap ganja, mewarnakan rambut perang. I tak suka. Nanti kawan² Siam I kata I ni lesbo kepe sebab kapel dengan Paris Lipton.
Boipren : Okay. I akan cuba buang tabiat² lama tersebot demi kebaikan kita bersama.

[Eh. Sweet kan boipren dalam kes mengingati ni. Haha.]

Haa. So? Uols dapat memahami tak perbezaannye? Tu contoh je pon.

Ianya bergantung pada individu² tersebut. Kalau individu A menyangkakan bahawasanya keadaan tersebut telah berakhir, maka apa yang diucapkan oleh individu B adalah sebagai mengungkit. Dan apabila individu B menyangkakan sebaliknya, maka apa yang diucapkan oleh dirinya sendiri dianggap mengingati. Maka, jika tidak mahu perbalahan berpanjangan, silalah berbincang elok² :) Yang dah lepas tu, jangan lah dok mengungkit². Teda pekdah nye oi.

Itu saje yee. Kalau rasa info ni macam salah, maka salah lah saye. Haha. Ciao.

2 comments:

mr_ben said...

nice blog..weird to see only 65+1 followers..^_^ i follow u then

Ephy A. said...

66 followers..yea, lame, isn't it? bahaha thanks! :D